DARI MANA NAK DAPATKAN BARANGAN UNTUK CROSS STITCH NI EH?
- anissyahirahyahaya
- Oct 11, 2017
- 1 min read
Alright, first of all, barangan cross stitch of course u all boleh dapat di kedai-kedai alatan jahit. juga boleh dapatkan di kedai bunga ye.

untuk ram, ram mempunyai pelbagai saiz. Jadi untuk saya, saya memilih ram bersaiz 8. tak terlalu kecik dan tak terlalu besar. malangnya saya terbeli ram ni dekat kedai seksyen 7 shah alam, belakang jakel tu dengan harga rm12.. then saya pegi kedai Karysma seksyen 16 pulak nak cari benang, jumpak ram lagi murah :"( huwaaaaaa...

so benang ni saya beli lah dekat Karysma seksyen 16 shah alam ye. banyak gila wrna cantik canti Ya Allah.. satu wrna harga rm2. beli 5 warna dah rm10. emmm pikir jap. takpa3 beli 5 dulu. so, pemilihan benang ni actually daripada pendapat member2 yang teman saya waktu itu, sebab saya dah rambang mata sangat dah. haha
so korang kalau nak dapatkan benang macam ni yang lagi murah, bolehlah pegi cari dekat Daiso. lagi murah member2 cakap. tapi kalau dekat Daiso, pemilihan warna xdak la best mcm dekat Karysma ye awak awak. hihi

jarum ni jugak saya beli dekat Karysma Store seksyen 16 Shah Alam. saya sengaja beli 'assorted needles' sebab lebih berbaloi dapatkan jarum yang berbagai jenis okay.. banyak kegunaannya. jarum ni harganya rm2.50 sahaja.

lastly, kain cross stitch. actually, kain cross stitch ada banyak warna. sebanyak warna benang. tapi saya pilih warna krim lah. warna yang selamat untuk match kan dengan pelbagai warna benang tadi.
kain ni mahal jugak u all, rm20++ semeter. tak ingat sangat harganya sebab beli suku meter je.
Comments